Tuesday, 22 December 2015

"Bahawasanya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya di dalam perut ibunya selama 40 hari,kemudian merupakan alaqah (segumpal darah) seumpama demikian (selama 40 hari) kemudian dia merupakan mudghatan (segumpal daging) seumpama demikian (selama 40 hari).Kemudian Allah mengutus malaikat,maka diperintahkan kepadanya (malaikat) empat perkataan dan dikatakan kepada malaikat : Engkau tulislah amalannya,rezekinya,ajalnya dan celaka atau bahagiannya.Kemudian ditiuplah kepada makhluk itu."
                                                                                                       Hadis riwayat Imam Al-Bukhari,248

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN

1.Nutfah
-Peringkat pertama bermula selepas persenyewaan (sperma + ovum) atau minggu pertama.Allah berfirman dalam surah Al-Insan ayat kedua "Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan),kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat."

2.Alaqah
-Berlaku pada hujung minggu pertama/hari ketujuh.Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim.Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah sepertimana Allah berfirman dalam surah Al-Mukminun ayat ke 14 "Kemudian Kami mengubah Nutfah menjadi Alaqah."

3.Mudghah
-Berlaku pada minggu keempat.Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam Al-Quran iaitu surah Al-Hajj ayat kelima yang bermaksud "Lalu Kami ciptakan darah beku menjadi seketul daging."

4.Izam dan Lahm
-Berlaku pada minggu kelima,keenam dan ketujuh iaitu peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot.Firman Allah yang bermaksud "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan izam dengan daging."Surah Al-Mukminun ayat ke 14.


5.Nasy'ah Khalqan Akhar
-Menjelang minggu kelapan beberapa perubahan berlaku iaitu daripada embrio ke janin.Pada bulan ketiga semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya,kuku-kukunya pun mula tumbuh.Pada bulan keempat,pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi hanya untuk disempurnakan.


6.Nafkhur-ruh
-Peringkat peniupan roh berlaku selepas 40 hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.



https://www.youtube.com/watch?v=mOxI66uZYbI (Video proses kejadian manusia)



No comments:

Post a Comment